Ucaptama Bertajuk “Future-Ready Internal Auditors: Agile, Adaptable and Forward-Thinking”
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBrs. Tn. Haji Roslan Abu Bakar, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat) telah mewakili YBhg. Datuk Ketua Audit Negara bagi menyampaikan ucaptama bertajuk “Future-Ready Internal Auditors: Agile, Adaptable and Forward-Thinking” dan seterusnya merasmikan Institute of Internal Auditors (IIA) Malaysia National Conference 2023 yang diadakan pada hari ini, 24 Oktober 2023 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre.
Persidangan tersebut turut dihadiri oleh Mrs. Sally-Anne Pitt, Global Chairman of The Institute of Internal Auditors dan Mr. Dominic Chegne, Presiden IIA Malaysia.
Tema persidangan pada tahun ini iaitu Future-Ready Internal Auditors: Agile, Adaptable and Forward-Thinking dipilih supaya juruaudit dalam sentiasa bersedia menghadapi masa depan bagi menangani cabaran semasa dan melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan demi masa depan profesion juruaudit.
Dalam ucapannya, YBhg. Datuk KAN menyatakan bahawa juruaudit dalam yang bersedia menghadapi masa depan perlu memiliki gabungan kemahiran, sifat dan strategi untuk mengemudi landskap perniagaan yang sentiasa berubah dan berkembang.
Persidangan ini telah dihadiri oleh seramai 500 orang juruaudit dalam dari pelbagai syarikat dan industri.