faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Pembentangan Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2022 dan LKAN Mengenai Penyata Kewangan dan Pengauditan Pematuhan Agensi Persekutuan Tahun 2021

 386516820 709963997842316 6856179510602675316 n  387207570 709964004508982 1571505941461300754 n  391532898 709964287842287 7146226660150219909 n  386517722 709964011175648 6429030623058522545 n

 

YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menghadiri Sesi Taklimat Bersama Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bertempat di Bilik Mesyuarat Jawatankuasa 1, Bangunan Parlimen pada pagi ini sempena dengan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) di Dewan Rakyat.

Dua LKAN Peringkat Persekutuan iaitu LKAN Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2022 dan LKAN Mengenai Penyata Kewangan dan Pengauditan Pematuhan Agensi Persekutuan Tahun 2021 telah dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat pada pukul 10.00 pagi.

Naib Pengerusi PAC, YB Pn. Wong Shu Qi dan ahli-ahli PAC telah diberikan penerangan dan taklimat mengenai LKAN yang dibentangkan serta isu-isu yang dibangkitkan oleh JAN dalam laporan tersebut. Turut hadir dalam sesi tersebut adalah Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi), YBrs. Pn. Hjh. Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat), YBrs. Tn. Hj. Roslan Abu Bakar, pegawai-pegawai kanan JAN serta wakil daripada Kementerian Kewangan, Jabatan Akauntan Negara dan Jabatan Peguam Negara.

Seterusnya Sidang Media Bersama PAC dan JAN telah diadakan di Ruang Sidang Media, Aras 1 Parlimen pada jam 1.00 tengah hari bagi menerangkan kepada media berkenaan LKAN yang dibentangkan.

  • Dikemaskini pada: 10 Oct 2023
  • Cetak
  • 734

faqhubungimaklumbalaspeta