Sesi Penyerahan LKAN kepada Setiausaha Bahagian Pengurusan Dewan Rakyat
![]() |
![]() |
![]() |
Dua Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Peringkat Persekutuan iaitu LKAN Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2022 dan LKAN Mengenai Penyata Kewangan dan Pengauditan Pematuhan Agensi Persekutuan Tahun 2021 akan dibentangkan dalam Dewan Rakyat pada hari ini, 10 Oktober 2023.
Sesi Penyerahan LKAN tersebut kepada Setiausaha Bahagian Pengurusan Dewan Rakyat telah selesai dilaksanakan jam 11.30 malam pada 9 Oktober 2023 di Parlimen oleh YBrs. Puan Nor Azian binti Nordin, Pengarah Audit Kewangan 1, Jabatan Audit Negara (JAN).
Turut hadir dalam sesi tersebut ialah pegawai-pegawai dari Sektor Audit Kewangan dan Bahagian Penyelarasan dan Kolaborasi Strategik JAN.