Program Bacaan Yasin dan Doa Selamat Sempena Pembentangan LKAN Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2022
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kelab Audit Wilayah Persekutuan (KAWIP) dengan kerjasama Surau Al-Ibtisam JAN telah mengadakan Program Bacaan Yasin dan Doa Selamat Sempena Pembentangan LKAN Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2022. Turut hadir dalam program berkenaan adalah Encik Khairul Azrin bin Mod Rifat, Naib Yang Dipertua KAWIP dan Encik Mohd Fadhli bin Khalid, Pengerusi Surau Al-Ibtisam JAN.
Program dimulakan dengan solat hajat melibatkan pegawai JAN yang menghadiri secara fizikal dan diteruskan dengan bacaan yasin dan doa selamat yang diketuai oleh Tuan Haji Badiuzzaman bin Mohd Pakir.
Seramai lebih kurang 50 pegawai telah hadir secara fizikal di Surau Al-Ibtisam JAN, Blok F2 manakala lebih 150 pegawai dari Ibu Pejabat JAN, JAN Negeri dan Unit Audit Dalam (UAD) telah menyertai program tersebut secara dalam talian. KAWIP dan Surau Al-Ibtisam JAN mengucapkan ribuan terima kasih kepada pegawai yang telah memberi sokongan terhadap program tersebut. Didoakan supaya pembentangan LKAN Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2022 pada tarikh yang dijadualkan akan berjalan dengan lancar.