faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Sekitar Rangka Lawatan Kerja YBhg. Ketua Audit Negara (KAN) Di Abu Dhabi, United Arab Emirates

 370292536 706680748170641 6954527145059289978 n  382986925 706681018170614 4970859151730972814 n  386110593 706680804837302 1383862196121337314 n  386417821 706680838170632 6489562649357225460 n

 

YBhg. Datuk KAN telah mengadakan kunjungan hormat ke atas TYT Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu (UAE). Pelbagai isu telah dibincangkan berkaitan potensi penglibatan Malaysia khususnya dalam bidang pengauditan dan tata kelola dengan UAE dan negara-negara Asia Barat.

Sesi ini merupakan sebahagian dari program Lawatan Kerja KAN ke UAE sempena Mesyuarat INTOSAI Working Group on IT Audit (WGITA) dan Mesyuarat Steering Committee of INTOSAI Knowledge Sharing Committee (KSC) yang berlangsung dari 1 hingga 4 Oktober 2023.

YBhg. Datuk KAN turut mengadakan pertemuan dua hala dengan Insititusi Audit Negara Mesir. Antara yang dibincangkan termasuklah cadangan kerjasama dua hala bagi pemantapan profesionalisme Juruaudit serta penglibatan JAN di peringkat antarabangsa.

Seterusnya, YBhg. Datuk KAN telah membentangkan cadangan penubuhan Working Group On Follow Up Audit (WGFA) di bawah platform INTOSAI kepada Mesyuarat KSC. Alhamdulillah cadangan Malaysia ini akhirnya telah mendapat sambutan baik dari anggota-anggota INTOSAI KSC dan Malaysia akan mengetuai Jawatankuasa Penilai bagi memperhalusi persediaan penubuhan WGFA sebelum diangkat ke peringkat INTOSAI Governing Board untuk diperakukan.

  • Dikemaskini pada: 05 Oct 2023
  • Cetak
  • 287

faqhubungimaklumbalaspeta