Mesyuarat INTOSAI Working Group on IT Audit (WGITA) yang diadakan di Abu Dhabi, United Arab Emirates
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara (KAN) telah menghadiri Mesyuarat INTOSAI Working Group on IT Audit (WGITA) yang diadakan di Abu Dhabi, United Arab Emirates pada 2 Oktober 2023. WGITA yang dianggotai oleh Institusi Audit Antarabangsa dari 53 negara menyediakan platform perkongsian kepakaran dan pengetahuan bagi membincangkan pelbagai projek memperkasakan pengauditan ICT agar mendepani gelombang transformasi digital.
Beliau turut menghadiri dua (2) pertemuan dua hala bersama Institusi Audit Antarabangsa dari India dan United Arab Emirates.
Mesyuarat dua hala ini antara lain telah membincangkan pelbagai cadangan kerjasama dua hala bagi meningkatkan profesionalisme juruaudit JAN dan memantapkan penglibatan JAN di peringkat antarabangsa.