faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Webinar Jabatan Audit Negara (JAN) Siri 2 Tahun 2023 bertajuk "Artificial Intelligence (AI) Dalam Pengauditan: Suatu Realiti Atau Khayalan?"

 

 385254127 705096204995762 199027461916521475 n  385508003 705096271662422 8560254287874521988 n  385508472 705096254995757 9180388315328288962 n  

 

YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah merasmikan Webinar Jabatan Audit Negara (JAN) Siri 2 Tahun 2023 bertajuk "Artificial Intelligence (AI) Dalam Pengauditan: Suatu Realiti Atau Khayalan?" pada pagi ini, 2 Oktober 2023.

Webinar melalui platform Zoom Meeting ini telah disertai lebih daripada 500 orang yang terdiri daripada kakitangan dan pegawai Jabatan Audit Negara, JAN Negeri, Unit Audit Dalam dan kakitangan serta pelajar daripada Universiti Teknologi MARA.

Dalam ucapan perasmian beliau, Ketua Audit Negara menyatakan dalam persekitaran organisasi yang berubah dengan cepat dan sentiasa berkembang sama ada di sektor awam dan swasta, peranan Audit semakin mencabar bagi memastikan integriti, ketelusan dan ketepatan maklumat sesebuah organisasi. Teknologi AI atau kecerdasan buatan berupaya membantu pengauditan untuk menyelesaikan kerja-kerja yang kompleks seterusnya menjimatkan masa dan tenaga.

Webinar hari ini menerangkan kepada kita sejauh manakah penggunaan kecerdasan buatan seperti AI boleh diaplikasikan dalam bidang pengauditan. 

Kecerdasan buatan mempunyai potensi dan impak yang besar dalam tugas pengauditan namun kejayaannya bergantung kepada beberapa faktor utama seperti keselamatan data dan privasi, model serta algoritma yang bersesuaian bersekali dengan data yang berkualiti dan tidak ketinggalan peraturan berkuat kuasa serta kekuatan daya analisis yang boleh mengesan pola-pola yang menyimpang dari peraturan dan undang-undang.

Ketua Audit Negara turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menganjurkan webinar ini terutamanya Bahagian Audit ICT, Universiti Teknologi MARA dan Tetuan Atarek Kamil Ibrahim & Co.

  • Dikemaskini pada: 03 Oct 2023
  • Cetak
  • 395

faqhubungimaklumbalaspeta