Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H/2023M
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H/2023M yang diadakan di PICC, Putrajaya pada 28 September 2023 bersamaan 12 Rabiul'awal 1445H. Tema sambutan pada tahun ini ialah ‘Perpaduan Teras Malaysia Madani’.
Majlis ini disempurnakan dengan keberangkatan KDYYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Raja Permaisuri Agong.
Jabatan Audit Negara (JAN) turut menghantar kontinjen bagi menyertai Perarakan Maulidur Rasul SAW pada tahun ini. Kontinjen JAN seramai 50 orang yang diketuai oleh YBrs. Encik Azunan Daud, Yang Di-Pertua KAWIP bersama-sama meraikan kelahiran junjungan besar Rasulullah SAW. Tahniah diucapkan kepada kontinjen JAN yang telah berjaya mendapat tempat kedua pertandingan perarakan bagi Kategori B iaitu jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Tahniah juga kepada JAN Negeri Johor yang telah berjaya menjadi Naib Johan Pertandingan Sepanduk Terbaik bagi Sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat negeri Johor.