faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Persidangan Pemerkasaan Integriti Bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Ketua Audit Negara Dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (Public Accounts Committee) (PAC) Parlimen

 

 376870296 702348635270519 670209128208827797 n  382980165 702348755270507 4273782470144490219 n  384236819 702348811937168 5880891173681426868 n 382939693 702348905270492 4415162595075809691 n

 

YBrs. Tuan Haji Roslan Abu Bakar, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat) telah mewakili YBhg. Datuk Ketua Audit Negara untuk Sesi Penyampaian Kertas Kerja Bersempena Persidangan Pemerkasaan Integriti Bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Ketua Audit Negara dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (Public Accounts Committee) (PAC) Parlimen pada 27 September 2023.

Majlis ini disempurnakan oleh YBhg. Dato' Dr. Zulkapli Mohamed, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) dan turut dihadiri YB Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (Public Account Committee) (PAC). Dalam ucapan perasmian, YBhg. Dato' KPPA menekankan agar memastikan nilai integriti diterapkan di semua peringkat dalam organisasi dan mempertingkatkan tata kelola untuk mengelakkan ketirisan yang tinggi.

Pegawai JAN yang hadir bersama ke majlis ini ialah YBrs. Dr. Sarimah Umor, Timbalan Pengarah Audit, Bahagian Susulan Audit dan Puan Ruhana Mohamad Zam, Pegawai Khas (Audit), Pejabat Ketua Audit Negara.

Dalam sesi pembentangan tersebut, Ketua Audit Negara membentangkan Peranan Juruaudit Bagi Pemantapan Integriti Pentadbiran Awam. Ketua Audit Negara menekankan Jabatan Audit Negara merupakan elemen semak dan imbang utama dalam pentadbiran awam. JAN merupakan badan bebas dan berkecuali yang menilai keberkesanan dan ketelusan pentadbiran sesebuah organisasi dan mengukur pencapaian keberhasilan organisasi dalam menyokong agenda pembangunan Malaysia Madani. JAN juga berperanan untuk memberi syor dan cadangan penambahbaikan supaya wang awam dapat dibelanjakan dengan lebih berkesan dan mencegah daripada berlakunya ketirisan melampau.

Sesi diteruskan dengan soal jawab antara peserta dengan YBhg. Dato' Dr. KPPA, YB Pengerusi PAC dan juga YBrs. Tuan Haji Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat).

  • Dikemaskini pada: 27 Sep 2023
  • Cetak
  • 683

faqhubungimaklumbalaspeta