Datuk Ketua Audit Negara (KAN) menghadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Bagi membentangkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Datuk Ketua Audit Negara (KAN) merafak sembah menjunjung kasih kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah atas perkenan baginda menerima menghadap di Istana Negara pagi tadi, 27 September 2023.
Di dalam sesi tersebut, Datuk KAN telah membentangkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2022, LKAN Penyata Kewangan dan Pengauditan Pematuhan Agensi Persekutuan Tahun 2021 dan LKAN Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Agensi Negeri Serta Pengauditan Pematuhan Kementerian/Jabatan/Agensi Negeri Tahun 2022 yang akan dibentangkan di Parlimen pada Oktober 2023.