Majlis Perjumpaan Ketua Audit Negara (KAN) Bersama Warga Jabatan Audit Negara (JAN) bagi bulan September
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Majlis Perjumpaan Ketua Audit Negara (KAN) Bersama Warga Jabatan Audit Negara (JAN) bagi bulan September Tahun 2023 telah berlangsung pada hari ini, 26 September 2023 bertempat di Ibu Pejabat JAN, Putrajaya.
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara (KAN) telah menyampaikan amanat kepada seramai 300 orang warga JAN yang telah hadir secara fizikal dan lebih 500 orang warga JAN yang turut menyertai majlis secara dalam talian melalui penstriman langsung.
Dalam ucapan beliau, YBhg. Datuk KAN telah menekankan tentang tugas dan amanah yang telah diberi kepada JAN untuk meneliti semula pengamalan tata Kelola baik dalam kalangan entiti yang mempunyai kepentingan Kerajaan. YBhg. Datuk KAN turut menyeru agar warga JAN bersedia dengan anjakan cara bekerja dengan menggunakan kemajuan teknologi sedia ada yang membenarkan Juruaudit untuk bekerja di mana sahaja.
Dalam majlis berkenaan juga, YBhg. Datuk KAN telah menyampaikan Sijil Kecemerlangan Peperiksaan kepada 16 orang Juruaudit dan 15 orang Penolong Juruadit yang telah hadir secara fizikal dan selebihnya dipapar secara dalam talian.