Lawatan Ketua Audit Negara Ke Sektor Pengurusan Ibu Pejabat
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Ketua Audit Negara, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi telah mengadakan Sesi Perjumpaan dengan warga Sektor Pengurusan Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara pada hari ini, 25 September 2023.
YBhg. Datuk berkesempatan melawat Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Bahagian Kewangan & Pentadbiran JAN.
Dalam amanat sebentar tadi, beliau menekankan tentang kepentingan menjaga kebajikan warga Jabatan secara menyeluruh termasuk kebajikan dan keselamatan warga, peralatan aset serta kemudahan termasuk di Jabatan Audit Negeri-negeri.
Semoga dengan sesi perjumpaan ini dapat menyuntik semangat warga Sektor Pengurusan untuk memberikan sepenuh komitmen dalam membantu tugasan pengauditan. YBhg. Datuk juga berharap sesi perjumpaan begini dapat mengeratkan hubungan antara Pengurusan Tertinggi dan warga JAN melibatkan pelbagai peringkat jawatan.