faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Sekitar Rangka Lawatan Kerja YBhg. Ketua Audit Negara (KAN) Di Busan, Republik Korea

 

 376679682 699279128910803 4510760614112016655 n  381063839 699278998910816 4032896835477811697 n 382333710 699278728910843 6338465841976654762 n   

Sekitar hari terakhir rangka lawatan kerja YBhg. Datuk Ketua Audit Negara (KAN) di Busan, Republik Korea. Delegasi Jabatan Audit Negara (JAN) yang diketuai oleh YBhg. Datuk KAN telah melengkapkan keseluruhan 28 agenda Mesyuarat ke-59 ASOSAI Governing Board.

Agenda Mesyuarat ini antara lainnya sekitar pembentangan laporan berkaitan tatakelola ASOSAI, serta laporan semua jawatankuasa kecil dan Working Group di bawah ASOSAI dan INTOSAI. Malaysia telah berjaya mendapat kelulusan semua Governing Board Member dalam Mesyuarat ini untuk mempengerusikan Working Group on State-owned Enterprises (WGSOE) yang baharu ditubuhkan di bawah ASOSAI.
 
YBhg. Datuk KAN juga telah menyempurnakan pengundian bagi Supreme Audit Institution yang akan mewakili rantau Asia dalam pencalonan Chair of INTOSAI 2028-2031, dan Chair of ASOSAI 2027-2030.
  
  376731692 699279108910805 4107794839848504322 n
381066806 699279158910800 611512163189462501 n
  • Dikemaskini pada: 22 Sep 2023
  • Cetak
  • 315

faqhubungimaklumbalaspeta