Sekitar Rangka Lawatan Kerja YBhg. Ketua Audit Negara (KAN) Di Busan, Republik Korea
Mesyuarat Dua Hala antara Supreme Audit Institution (SAI) daripada Indonesia, India, Korea, China dan INTOSAI Development Initiative (IDI) di Busan, Republik Korea
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Delegasi Jabatan Audit Negara diketuai YBhg Datuk Ketua Audit Negara telah menghadiri lima (5) pertemuan dua hala pada hari kedua Mesyuarat ke-59 ASOSAI Governing Board di Busan, Korea pada 21 September 2023 bersama Supreme Audit Institution (SAI) daripada Indonesia, India, Korea, China dan INTOSAI Development Initiative (IDI).
Mesyuarat dua hala ini antara lain telah membincangkan cadangan kerjasama masa hadapan antara SAI Malaysia dengan negara-negara tersebut bertujuan memantapkan standard tata kelola negara seiring dengan perkembangan semasa di samping membangunkan kapasiti Juruaudit JAN di peringkat antarabangsa.
![]() |
![]() |