Program Ziarah Kasih Kepada Waris Allahyarhammah Nik Amirah Nik Abdul Rahman, Penolong Juruaudit (W29) dari Jabatan Audit Negara Negeri Kelantan
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah mengadakan program ziarah kasih kepada waris Allahyarhammah Nik Amirah Nik Abdul Rahman, Penolong Juruaudit (W29) dari Jabatan Audit Negara Cawangan Kelantan yang telah kembali ke rahmahtullah bersama-sama suami dan anak bongsu dalam satu kemalangan menyayatkan hati pada 5 Ogos 2023 yang lalu.
Dalam program ziarah tersebut, Datuk KAN sempat menzahirkan ucapan takziah dan memberi kata-kata semangat buat waris dan keluarga Allahyarhammah. Beliau turut menyampaikan sumbangan ikhlas daripada seluruh warga JAN dengan kerjasama Majlis Sukan Jabatan Audit Negara (MASJAN) dan Kelab Audit Wilayah Persekutuan (KAWIP) yang mewakili semua kelab negeri kepada dua orang anak Allahyarhammah.
Turut bersama dalam ziarah kasih ini ialah YBrs. Tuan Hj Azunan Daud, Pengarah Audit Kewangan merangkap Yang Dipertua KAWIP, Encik Zakri Mamat, Pengarah Audit Negeri Kelantan, Puan Syakurah Zakaria, Timbalan Pengarah Sumber Manusia JAN, Puan Ruhana Mohamad Zam, Setiausaha Kehormat MASJAN serta pegawai-pegawai dari Ibu Pejabat dan JAN Negeri Kelantan.
Semoga dengan program ziarah kasih ini dapat bersama-sama meringankan beban kesedihan buat dua anak-anak ini, disamping memberi semangat untuk terus mencapai cita-cita yang diimpikan.
Pihak JAN juga sedang mempertimbangkan bantuan lebih mampan menerusi skim bantuan sedia ada di JAN, termasuklah skim anak angkat, dengan hasrat untuk membantu pembiayaan pendidikan anak-anak Allahyarhammah.