faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Lawatan Kerja ke Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tebedu

 

378781218 695726975932685 5676582980615030341 n  

YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah membuat lawatan kerja ke Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tebedu pada hari ini. Lawatan ini turut disertai oleh YBrs. Pn. Hjh. Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi), Pn. Rokiah Sahat, Pengarah Audit Negeri Sarawak dan pegawai JAN daripada ibu pejabat dan negeri Sarawak.

Pengarah Kastam Negeri Sarawak, YBrs. Dr. Ahmad Taufik Sulaiman turut menyertai lawatan tersebut dan bersama-sama dengan Ketua Audit Negara untuk meninjau kemudahan dan proses pemeriksaan yang dibuat di ICQS Tebedu. Taklimat ringkas mengenai latar belakang dan pengoperasian JKDM Tebedu juga telah disampaikan oleh Tuan Hazwan Mohamad, Penguasa Kastam.

 Seterusnya, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara dan delegasi JAN telah berkesempatan membuat lawatan kerja dengan menyusuri Lebuhraya Pan Borneo bagi melihat sendiri kemajuan pembangunan projek pembinaan lebuhraya tersebut bermula dari Sungai Moyan hingga ke Telok Melano.

379434751 695726992599350 2608602159290542231 n 379665246 695728292599220 5316595883623320076 n

  • Dikemaskini pada: 18 Sep 2023
  • Cetak
  • 506

faqhubungimaklumbalaspeta