Kunjungan Hormat Kepada YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah mengadakan Kunjungan Hormat Kepada YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak pada pagi ini di Wisma Bapa Malaysia, Kuching sempena Lawatan Kerja Rasmi Ketua Audit Negara Ke Negeri Sarawak selama 3 hari bermula pada 15 hingga 17 September 2023.
Kunjungan hormat turut disertai oleh YBrs. Pn. Hjh Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi), YBrs. Nadhirah Abdul Wahab, Pengarah Audit Pengurusan Syarikat Kerajaan I, YBrs. Pn. Rokiah Sahat, Pengarah Audit Negeri Sarawak, dan YBrs. Dr. Sarimah Binti Umor, Timbalan Pengarah Audit Bahagian Susulan Audit.
Kunjungan hormat tersebut kemudiannya disusuli dengan Kunjungan hormat kepada YB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki, Setiausaha Kerajaan Sarawak di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Wisma Bapa Malaysia.
Semoga kunjungan hormat ini akan mengeratkan lagi hubungan di antara Jabatan Audit Negara dan Kerajaan Negeri Sarawak terutamanya dalam perkara-perkara melibatkan tugasan pengauditan.