Sesi Perkongsian Pengukuhan Tatakelola: Peranan Juruaudit Dalam dan Luar
![]() |
![]() |
![]() |
YBrs. Pn. Hjh Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi) telah mewakili YBhg. Datuk Ketua Audit Negara untuk Sesi Perkongsian Pengukuhan Tatakelola: Peranan Juruaudit Dalam dan Luar semasa Majlis Amanat Perdana Integriti 2023 (MAP-i 2023) dan Perasmian Persidangan Integriti Kebangsaan (PiNK) pada hari ini bertempat di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak.
Majlis yang disempurnakan oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak ini turut dihadiri YB Dato Murshid Diraja Dr Juanda Jaya, Timbalan Menteri Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) dan YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara.
Seramai 4,000 orang peserta daripada peringkat Negeri dan Persekutuan telah hadir secara fizikal dan lebih 10,000 orang menyertai majlis tersebut secara maya.
Dalam sesi perkongsian tersebut, Ketua Audit Negara menyatakan bahawa integriti dalam Kerajaan adalah hasil daripada tadbir urus yang berkesan serta sikap bertanggungjawab dan jujur, moral dan etika yang tinggi adalah penting bagi terus memupuk integriti di dalam organisasi secara umumnya dan individu khususnya.