Kunjungan Hormat daripada Persatuan Alumni Audit Negara (ASNA)
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Alumni Audit Negara (ASNA) yang diketuai oleh Yang Dipertua ASNA, Tuan Haji Rashid bin Yaakob di Ibu Pejabat JAN pada hari ini, 14 September 2023.
Dalam sesi berkenaan, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara menggalakkan penyertaan aktif ASNA dalam program-program anjuran JAN bagi perkongsian pengalaman, pandangan dan kritikan membina untuk memantapkan dan memperkasa Institusi Audit Negara.
Beliau juga berharap hubungan mesra dan harmoni antara Warga JAN yang masih berkhidmat dan yang telah bersara akan berterusan dan berkekalan.