faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Majlis Perjumpaan Ketua Audit Negara (KAN) Bersama Warga Jabatan Audit Negara bagi Bulan Ogos Tahun 2023

371309760 685372193634830 3372124023339443402 n 372850614 685371876968195 2773626193749233343 n 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jabatan Audit Negara telah mengadakan Majlis Perjumpaan Ketua Audit Negara (KAN) Bersama Warga Jabatan Audit Negara bagi bulan Ogos Tahun 2023 pada 28 Ogos 2023 di Wisma Audit Pulau Pinang.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah YBrs. Pn. Hjh. Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi), YBhg. Datuk Nor Salwani Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBrs. Tn. Haji Roslan Abu Bakar, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat), Pn. Mazmiza Mihat, Pengarah Audit Negeri Pulau Pinang, pegawai-pegawai kanan JAN dari ibu pejabat dan juga Pengarah-pengarah Audit Negeri.

YBhg. Datuk Ketua Audit Negara (KAN) telah menyampaikan amanat kepada seramai 250 orang warga JAN yang hadir dan lebih 350 orang warga JAN yang turut menyertai majlis secara dalam talian melalui penstriman langsung.

Semasa ucapan beliau, YBhg. Datuk KAN telah menerangkan mengenai aktiviti dan program yang akan berlangsung di Jabatan Audit Negara termasuk lawatan YAB Perdana Menteri ke ibu pejabat JAN dalam masa terdekat serta program-program antarabangsa yang akan disertai oleh JAN. Beliau juga menyeru semua warga JAN untuk bersama-sama bekerjasama dalam penghasilan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2022 yang akan dibentangkan pada bulan Oktober nanti.

Dalam majlis berkenaan juga, Datuk KAN telah meluncurkan Wisma Audit Pulau Pinang dan Projek Pendigitalan Perkhidmatan Jabatan (PPJ) Jabatan Audit Negara serta sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun 2023 peringkat Jabatan Audit Negara. 372852903 685372433634806 7618532864683876435 n

  • Dikemaskini pada: 30 Aug 2023
  • Cetak
  • 482

faqhubungimaklumbalaspeta