Sesi Perjumpaan dengan Warga Jabatan Audit Negara Negeri Pulau Pinang
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara (KAN) telah mengadakan perjumpaan dengan warga Jabatan Audit Negara Negeri Pulau Pinang (JAN Pulau Pinang) pada 28 Ogos 2023. Turut hadir dalam sesi perjumpaan tersebut ialah ketiga-tiga Timbalan Ketua Audit Negara dan pegawai JAN dari Ibu Pejabat.
Dalam ucapan amanat beliau, YBhg. Datuk KAN menyeru warga JAN Pulau Pinang untuk memelihara bangunan Wisma Audit Pulau Pinang sebaiknya dan berharap warga JAN Pulau Pinang dapat memaksimakan penggunaan fasiliti sedia ada.
YBhg. Datuk KAN juga menyatakan hasrat beliau untuk terus mengenali warga JAN terutamanya di negeri dengan lebih rapat dan menjaga kebajikan semua warga bagi memastikan kerja pengauditan dapat dijalankan dengan lebih terancang dan berkesan.