Mesyuarat Penutup Pengauditan Program Galakan Pelaburan bagi Sektor Perkilangan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Program Galakan Pelaburan bagi Sektor Perkilangan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) pada 25 Ogos 2023 bertempat di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara (JAN).
Turut hadir dalam mesyuarat berkenaan adalah YBhg. Datuk Bahria Mohd Tamil, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pelaburan) Kementerian Pelaburan, Perdangangan & Industri (MITI), YBrs. Pn. Hjh. Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi), YBhg. Dato’ V Valluvan Veloo, Pengarah Bahagian Industri Pembuatan, Sains dan Teknologi, Kementerian Ekonomi, YBrs. En. Sivasuriyamoorthy Sundara Raja, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, YBrs. Pn. Mahfuzah Baharin, Timbalan Setiausaha Bahagian Galakan Cukai dan Sektoral MOF, dan pegawai-pegawai daripada kementerian dan agensi yang terlibat dalam pengauditan yang dilaksanakan.