Kunjungan Hormat daripada Mr. Shivakumar Nair, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Singapura
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menerima kunjungan hormat daripada Mr. Shivakumar Nair, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara (JAN) pada 23 Ogos 2023.
Turut hadir YBrs. Dr. Nor Haiza Abd Aziz, Pengarah Audit Kewangan (Bahagian III) dan Encik Saiful Anuar Mohd Jaafar, Pengarah Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa JAN.