Kunjungan Hormat daripada YABhg. Tun Arifin Zakaria, Pengerusi Microlink Berhad
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menerima kunjungan hormat daripada YABhg. Tun Arifin Zakaria, Pengerusi Microlink Berhad di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara (JAN) pada 22 Ogos 2023.
Turut serta dalam kunjungan hormat tersebut ialah YBhg. Tan Sri Jaganath Derek Steven Sabapathy, Timbalan Pengerusi Microlink, YBrs. Puan Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi) dan YBrs. Dr. Alifah Aida Lope Abdul Rahman, Pengarah Bahagian Audit ICT.