Perasmian Kursus Tata Kelola Pengurusan Ketua Jabatan Tahun 2023 di Akademi Audit Negara, Bandar Enstek, Negeri Sembilan
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah merasmikan Kursus Tata Kelola Pengurusan Ketua Jabatan Tahun 2023 bertempat di Akademi Audit Negara, Bandar Enstek, Negeri Sembilan pagi ini 21 Ogos 2023.
Hadir sama dalam majlis perasmian tersebut ialah Timbalan-timbalan Ketua Audit Negara, Pengarah Sektor Pengurusan dan Pengarah Akademi Audit Negara. Seramai 26 orang warga JAN terdiri daripada Pengarah dan Timbalan Pengarah Audit Negeri telah hadir menyertai Kursus ini.
Dalam ucapan perasmian beliau, YBhg. Datuk KAN menyeru supaya amalan tata Kelola yang baik diaplikasikan dalam membina kepercayaan masyarakat kepada pentadbiran Jabatan serta mampu memacu pencapaian prestasi dan imej JAN yang unggul. Selain itu YBhg. Datuk KAN turut menekankan supaya para peserta kursus sentiasa menjaga integriti dan etika.
Semoga kursus ini akan menambahbaik kecekapan dan keberkesanan pentadbiran di JAN Negeri selain membina keyakinan pengurusan negeri dalam menghadapi cabaran-cabaran seperti pengurusan konflik, penyelesaian masalah dan pengurusan perubahan.