Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Terengganu Tahun 2022 dan Sesi Menandatangani Sijil Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Terengganu Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Mulia (YBM) Tengku Seri Bijaya Raja Dato’ Seri Tengku Farok Hussin bin Tengku Abdul Jalil, Setiausaha Kerajaan Terengganu di Wisma Darul Iman pada 20 Ogos 2023 sempena lawatan kerja sehari beliau ke negeri Terengganu.
Kunjungan hormat ini turut disertai oleh YBhg Datuk Nor Salwani Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBhg. Dato' Nara Setia Dato' Zulkifli Ali, Pegawai Kewangan Negeri Terengganu, YBrs. Puan Norliza Md Nuruddin@Nordin, Pengarah Audit Kewangan dan Encik Zulkifli Tungal, Pengarah Audit Negeri Terengganu.
Kunjungan hormat tersebut disusuli dengan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Terengganu Tahun 2022 dan Sesi Menandatangani Sijil Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Terengganu Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022.