faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Majlis Pembukaan Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-63 Tahun 1445H / 2023M

369466741 680585857446797 4746616550033548813 n 

Daripada Uthman bin Affan RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ وَعَلَّمَهُ

Maksudnya: “Sebaik-baik kamu adalah orang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya”. [Riwayat al-Bukhari (5027)].

YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menghadiri Majlis Pembukaan Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-63 Tahun 1445H / 2023M pada 19 Ogos 2023 bersamaan 2 Safar 1445H di Dewan Merdeka, World Trade Center Kuala Lumpur (WTCKL) dengan bertemakan 'Perpaduan Teras Malaysia Madani''.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri. Dalam ucapan pembukaannya, YAB Perdana Menteri menekankan agama Islam adalah agama Persekutuan tanpa mengabaikan kepelbagaian kaum dan agama dalam negara ini serta akan menjaga keadilan kehidupan setiap warga di negara ini. 369467385 680585744113475 6613676761245225194 n

 

  • Dikemaskini pada: 21 Aug 2023
  • Cetak
  • 797

faqhubungimaklumbalaspeta