faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Sesi Perjumpaan dengan Warga Kerja Jabatan Audit Negeri Negeri Sembilan di Wisma Audit Negeri Sembilan

366334197 679877897517593 2809685735959389660 n 

YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah mengadakan perjumpaan dengan warga kerja Jabatan Audit Negeri Negeri Sembilan di Wisma Audit Negeri Sembilan pada 18 Ogos 2023. Turut hadir dalam sesi perjumpaan tersebut ialah YBhg Datuk Nor Salwani Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBrs. Encik Azunan Daud, Pengarah Audit Kewangan Bahagian II dan Pegawai-pegawai dari Ibu Pejabat JAN.

Datuk KAN mengingatkan semua warga kerja JAN Negeri Sembilan agar sentiasa menyematkan jatidiri dengan sikap integriti dan akauntabiliti terutama berurusan dengan pihak Auditi kerana ini memberi cerminan Jabatan Audit Negara.

Seterusnya YBhg. Datuk KAN turut berkesempatan menyemarakkan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun 2023 bersama-sama warga kerja JAN Negeri Sembilan. 368665424 679878030850913 4785995915631279703 n368387951 679877787517604 4393635767820520437 n

  • Dikemaskini pada: 18 Aug 2023
  • Cetak
  • 336

faqhubungimaklumbalaspeta