Kunjungan Hormat ke Atas Ketua Audit Negara oleh YBhg. Datuk Nor Yahati Awang, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM)
YBhg. Datuk Nor Yahati Awang, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) berserta barisan pengurusan kanan IIM telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Audit Negara pada 16 Ogos 2023 tentang penglibatan KAN dalam program Majlis Amanat Perdana Integriti 2023 (MAP-I23) yang dijadualkan pada 14 September 2023 di Kuching, Sarawak kelak.