Kunjungan Hormat Kepada YB Dato' Ahmad Suaidi, Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perak
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah membuat kunjungan hormat kepada YB Dato' Ahmad Suaidi, Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perak di Pejabat SUK, Ipoh hari ini, 14 Ogos 2023.
Kunjungan hormat turut disertai oleh YBhg Datuk Nor Salwani Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YB Tuan Mohd Zaki Bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri, YBrs. Encik Azunan Daud, Pengarah Audit Sektor Kewangan dan Puan Selwah Hj. Said, Pengarah Audit Negeri Perak.
Kunjungan hormat tersebut disusuli dengan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perak Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022 dan Sesi Menandatangani Sijil Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perak Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022.