Lawatan Lapangan Ketua Audit Negara ke Pulau Pangkor
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah turun ke lapangan di Pulau Pangkor pada 13 Ogos 2023 sempena lawatan kerja ke negeri Perak.
Lawatan kerja tersebut turut disertai oleh YBrs. Puan Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi), YBrs. Puan Halizah Sipun, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan), Puan Selwah Hj. Said, Pengarah Audit Negeri Perak, Tuan Shamsul Ridzuan Idris, Pegawai Daerah Manjung serta Pegawai-pegawai dari Jabatan Audit Negara (JAN) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.