Lawatan Kerja Ketua Audit Negara Ke Negeri Pahang
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah turun padang sempena Lawatan Kerja ke Negeri Pahang pada 10 Ogos 2023 dan 11 Ogos 2023.
Lawatan kerja tersebut turut disertai oleh YBhg Datuk Nor Salwani Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), dan Pegawai-pegawai Kanan dari Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara (JAN).
Siri lawatan ini telah dimulakan dengan sesi perjumpaan Ketua Audit Negara dengan warga JAN Pahang di Wisma JAN Negeri Pahang. Datuk Ketua Audit Negara dalam amanat beliau menyeru semua warga kerja JAN Pahang agar sentiasa mengamalkan tatakelola baik, ketelusan, integriti dan akauntabiliti seiring dengan imej Jabatan Audit Negara ketika melaksanakan tugas pengauditan.
Seterusnya YBhg. Datuk KAN telah meluncurkan Sudut Galeri Wisma JAN Pahang yang telah diberi sentuhan baharu sejajar dengan kemajuan arus teknologi dengan penambahan Laman Interaktif yang mengandungi Portal JAN Pahang.