Kunjungan Hormat Kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah membuat kunjungan hormat kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican pada 20 Julai 2023.
Antara perkara yang telah dbincangkan termasuk penambahbaikan dan reformasi institusi Audit, susulan Audit bagi isu-isu yang masih belum selesai dalam Papan Pemuka Dalam Talian Ketua Audit Negara (Auditor General’s Dashboard-AGD) dan kerjasama strategik antara Jabatan Audit Negara (JAN) dan Kementerian Kewangan (MOF) bagi memantapkan tadbir urus Kerajaan termasuk pembangunan kompetensi Unit Audit Dalam Kementerian/Jabatan/Agensi/Syarikat.
Semoga dengan kunjungan ini akan mengeratkan lagi kerjasama yang telah terjalin sejak sekian lama di antara JAN dan MOF terutamanya bagi perkara-perkara yang melibatkan pengurusan kewangan negara untuk memastikan setiap wang Kerajaan yang dibelanjakan memberi impak positif kepada kehidupan rakyat.