faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H/2023M


361841997 663675412471175 8077870556989381554 n
361848775 663673512471365 3184880411262797864 n
361912701 663675625804487 7012667864452246225 n
 

YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H/2023M yang diadakan di Kuala Lumpur pada 19 Julai 2023.Majlis ini disempurnakan dengan keberangkatan KDYYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Raja Permaisuri Agong.KDYMM Tuanku dalam titah diraja baginda telah menyatakan semangat dan roh hijrah yang perlu dijelmakan bagi negara Malaysia adalah kesatuan dan perpaduan tanpa mengira bangsa dan agama. Baginda turut berharap semoga semangat Maal Hijrah menjadi pemangkin kepada semarak ikatan perpaduan sesama rakyat Malaysia dalam memakmur watan tercinta.

Jabatan Audit Negara (JAN) turut menghantar kontinjen bagi menyertai perhimpunan Maal Hijrah pada tahun ini. Kontinjen JAN seramai 50 orang diketuai oleh Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat), YBrs. Tuan Haji Roslan Abu Bakar bersama-sama meraikan semangat tahun baru hijrah dan menghayati tema pada tahun ini iaitu ‘Perpaduan Teras Malaysia Madani’.

JAN juga mengucapkan tahniah dan setinggi penghargaan kepada YBhg. Datuk Dr Abdul Monir Yaacob atas penganugerahan Tokoh Maal Hijrah Kategori Kebangsaan Tahun 2023 dan Mufti Besar India, Al-Allamah Sheikh Abu Bakr Ahmad yang telah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa.  348638373 663724905799559 8600827585205479194 n

361650851 663675755804474 4987951743315618939 n

 
  • Dikemaskini pada: 19 Jul 2023
  • Cetak
  • 460

faqhubungimaklumbalaspeta