![]() |
![]() |
![]() |
Lawatan Kerja Ketua Audit Negara Ke Negeri Perak
YBhg. Datuk KAN telah meluangkan masa bertemu dan berinteraksi dengan warga kerja JAN Negeri Perak sempena lawatan kerja ke negeri Perak pada 15 Julai 2023.
Di dalam sesi tersebut, YBhg. Datuk KAN telah berkongsi aspirasi dan iltizam beliau dalam pemantapan gerak kerja pengauditan khususnya di negeri Perak.
Warga JAN Negeri Perak turut diberikan peluang berdialog dan berkongsi pandangan secara langsung dengan YBhg. Datuk KAN merangkumi pelbagai isu termasuklah pengurusan sumber manusia, pemantapan kemahiran dan kepakaran pegawai serta kebajikan warga JAN Negeri Perak.
YBhg. Datuk KAN turut mempengerusikan sesi Pre Council bersama Pengarah dan Pasukan Pegawai Jabatan Audit Negeri bagi meneliti dan membuat penambahbaikan Draf Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2022.
Beliau juga sempat meninjau sekitar bangunan Wisma Audit JAN Perak untuk melihat fasiliti dan premis JAN Negeri Perak bagi memastikan kemudahan yang disediakan berada dalam keadaan baik dan selesa untuk kegunaan warga JAN Negeri Perak.
![]() |
![]() |