|
|
𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗧𝗛𝗘 𝗦𝗧𝗔𝗧𝗘 𝗔𝗨𝗗𝗜𝗧 𝗢𝗙𝗙𝗜𝗖𝗘 𝗢𝗙 𝗩𝗜𝗘𝗧 𝗡𝗔𝗠 (𝗦𝗔𝗩 𝗩𝗜𝗘𝗧 𝗡𝗔𝗠) 𝗞𝗘 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗔𝗨𝗗𝗜𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 (𝗝𝗔𝗡)
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah menerima Kunjungan Hormat dari The State Audit Office of Viet Nam (SAV Viet Nam) pada 11 Julai 2023 di Jabatan Audit Negara, Putrajaya. Turut hadir bersama Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat Kerajaan) dan pegawai-pegawai kanan JAN. Delegasi SAV Viet Nam terdiri seramai 10 orang pegawai dan diketuai oleh Timbalan Ketua Audit Negara SAV Viet Nam, Tuan Dang The Vinh.
Antara lain kedua pihak telah berbincang pelbagai usaha untuk mengeratkan kerjasama melalui platform seperti ASEANSAI, ASOSAI dan INTOSAI.
Kunjungan Hormat ini disusuli sesi perkongsian ilmu oleh kedua-dua negara berkaitan penggunaan aplikasi teknologi maklumat dan pendigitalan data dalam aktiviti pengauditan.
|
|