![]() |
![]() |
![]() |
Lawatan Kerja Ketua Audit Negara Ke Negeri Sabah
YBhg. Datuk KAN telah mengadakan Sesi Perjumpaan dengan Warga Jabatan Audit Negara (JAN) Negeri Sabah di Wisma Audit Sabah.
Sesi perjumpaan tersebut telah diisi dengan penyampaian amanat oleh YBhg. Datuk KAN.
Antara intipati dalam amanat tersebut beliau telah menyeru supaya semua warga JAN Sabah menghargai kemudahan pejabat yang baharu dengan menjaga semua fasiliti yang telah diberikan.
Selain itu, beliau turut mengingatkan semua warga JAN Sabah untuk memberi penekanan dalam memantapkan gerak kerja pengauditan terutamanya dalam menambahbaik amalan sistem kerja sedia ada.
Di samping itu, warga JAN Sabah telah diberi peluang berinteraksi dengan YBhg. Datuk KAN dengan mengajukan beberapa soalan dan sesi tersebut berjalan dengan lancar.