Majlis Perasmian War Room Audit Negara
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah merasmikan peluncuran War Room Audit Negara yang merupakan salah satu inisiatif pendigitalan Jabatan Audit Negara pada 20 Januari 2026.
Dalam ucapan beliau, YBhg. Dato’ Seri KAN telah menekankan fokus utama JAN untuk tahun 2026 bagi memperkasa profesionalisme dan kompetensi warga JAN, sejajar dengan pelaksanaan Pendigitalan Perkhidmatan Jabatan Audit Negara (PPJ).
Majlis ini seterusnya disusuli dengan Mesyuarat Kemajuan Kerja Pendigitalan Perkhidmatan Jabatan (PPJ) Jabatan Audit Negara Bil.1/2026.
Hadir bersama dalam Mesyuarat tersebut adalah Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), Puan Norliza binti Md Nuruddin, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi); Encik Azunan bin Daud, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat) selaku Ketua Pegawai Digital (Chief Digital Officer -CDO); YBrs. Dr. Alifah Aida Lope Abd Rahman, Pengarah Bahagian Audit ICT dan Tuan Haji Y. Hamdan bin Mohd Dom, Penasihat Program Perubahan Iklim dan Pendigitalan Jabatan Audit Negara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |











