faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Majlis Peluncuran Seminar Wibawa Firma Audit Swasta (FAS) Tahun 2026

WhatsApp Image 2026 01 09 at 15.34.32 WhatsApp Image 2026 01 09 at 15.34.32 1 WhatsApp Image 2026 01 09 at 15.34.32 2 WhatsApp Image 2026 01 09 at 15.34.33 1 WhatsApp Image 2026 01 09 at 15.34.35 1 WhatsApp Image 2026 01 09 at 15.34.36 1

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menyempurnakan Majlis Peluncuran Seminar Wibawa Firma Audit Swasta (FAS) Tahun 2026 pada 8 Januari 2026 bertempat di Auditorium Ahmad Noordin, Akademi Audit Negara (AAN) di Bandar Enstek, Nilai.

Seramai 94 orang peserta terdiri daripada rakan kongsi, pengurus dan juruaudit kanan daripada 41 Firma Audit Swasta (FAS) seluruh negara telah menghadiri Seminar pada kali ini.

Seminar Wibawa FAS merupakan inisiatif JAN bagi memberi pemahaman kepada Firma Audit Swasta (FAS) yang dilantik untuk menjalankan pengauditan penyata kewangan Agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi pihak Ketua Audit Negara.

Pemberian kuasa kepada FAS adalah di bawah subseksyen 7(3) Akta Audit yang memperuntukkan Ketua Audit Negara boleh memberi kuasa mana-mana orang yang difikirkannya berwibawa untuk menjalankan bagi pihaknya dan di bawah arahannya apa-apa siasatan, pemeriksaan atau pengauditan dan melaporkan dapatan orang itu tentang siasatan, pemeriksaan atau pengauditan itu kepada Ketua Audit Negara.

Dalam amanat beliau, YBhg. Dato’ Seri KAN menyeru agar Firma Audit Swasta (FAS) mengekalkan prestasi terbaik demi menjamin mutu pengauditan yang cemerlang serta dapat memberikan komitmen dengan penuh rasa tanggungjawab, integriti dan akauntabiliti selaras dengan kehendak dan aspirasi pemegang taruh JAN.

Dalam majlis yang sama, YBhg. Dato’ Seri KAN berbesar hati menyerahkan Surat Kuasa kepada 41 Firma Audit Swasta (FAS) bagi Pengauditan Penyata Kewangan Tahun 2025 yang melibatkan 219 Agensi Persekutuan dan Negeri. Pada tahun ini, penyerahan Surat Kuasa ini berjaya dibuat lebih awal berbanding tahun lepas yang dilaksanakan pada 18 April 2025 bertujuan untuk memastikan kelancaran keseluruhan proses pengauditan.

Hadir sama dalam majlis ini ialah ketiga-tiga Timbalan Ketua Audit Negara, Pengarah Akademi Audit Negara serta Puan Nurul A’in Abdul Latif, Pengerusi Eksekutif PwC Malaysia.

WhatsApp Image 2026 01 09 at 15.34.36 2 WhatsApp Image 2026 01 09 at 15.34.38 WhatsApp Image 2026 01 09 at 15.34.38 1 WhatsApp Image 2026 01 09 at 15.34.39 1 WhatsApp Image 2026 01 09 at 15.34.40 WhatsApp Image 2026 01 09 at 15.34.40 1

 

 

  • Modified on: 08 Jan 2026
  • Print
  • 33