faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Majlis Perjumpaan dan Amanat Tahun Baru Ketua Audit Negara Bersama Warga Akademi Audit Negara

WhatsApp Image 2026 01 09 at 18.45.31 WhatsApp Image 2026 01 09 at 18.45.31 1 WhatsApp Image 2026 01 09 at 18.45.32 WhatsApp Image 2026 01 09 at 18.45.32 1 WhatsApp Image 2026 01 09 at 18.45.32 2 WhatsApp Image 2026 01 09 at 18.45.33

 

Majlis Perjumpaan dan Amanat Tahun Baru Ketua Audit Negara Tahun 2026 bersama warga Akademi Audit Negara (AAN) telah diadakan pada 8 Januari 2026 (Khamis) bertempat di Akademi Audit Negara, Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

Dalam ucapan beliau, YBhg. Dato’ Seri KAN telah menekankan fokus utama JAN untuk tahun 2026 bagi memperkasa profesionalisme dan kompetensi warga JAN. Sejajar dengan pelaksanaan Pendigitalan Perkhidmatan Jabatan Audit Negara (PPJ), warga JAN diharap dapat mengambil bahagian secara aktif serta menggunakan sepenuhnya inisiatif pendigitalan ini bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan, memperkukuh kualiti audit dan menyokong transformasi organisasi secara menyeluruh. Bagi tujuan tersebut, peranan AAN sebagai pusat kecemerlangan latihan dan pembangunan profesional amat kritikal bagi memastikan standard tinggi dalam perkhidmatan audit negara.

Majlis diserikan dengan perasmian gelanggang serbaguna AAN yang telah siap diselenggara semula tahun lepas. YBhg Dato Seri KAN menggesa agar gelanggang serbaguna ini boleh dimanfaatkan sepenuhnya bagi pelbagai aktiviti sukan seperti bola tampar, futsal, sepak takraw, bola jaring dan pickleball, serta berperanan sebagai pusat riadah yang menyokong kesejahteraan dan gaya hidup sihat dalam kalangan warga AAN dan para peserta kursus.

Perasmian ini turut disaksikan oleh Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); Puan Norliza binti Md. Nuruddin, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi); Encik Azunan bin Daud, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat) dan Puan Baridatul Anita binti Bidin, Pengarah Akademi Audit Negara.

WhatsApp Image 2026 01 09 at 18.45.34 1 WhatsApp Image 2026 01 09 at 18.45.36 2 WhatsApp Image 2026 01 09 at 18.45.37 WhatsApp Image 2026 01 09 at 18.45.37 1 WhatsApp Image 2026 01 09 at 18.45.37 2 WhatsApp Image 2026 01 09 at 18.45.38

 

 

  • Modified on: 08 Jan 2026
  • Print
  • 142