Sesi Penyerahan Sumbangan Tabung Ihsan MADANI JAN
Puan Azlin binti Azizan, Pengarah Sektor Pengurusan mewakili YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara telah menyerahkan sumbangan Tabung Ihsan Madani Jabatan Audit Negara (JAN) kepada Puan Noor Hidayah binti Mohd Nasib dari Bahagian Kewangan dan Pentadbiran (BKP) Sektor Pengurusan yang terkesan akibat bencana banjir pada penghujung Disember 2025.
Sumbangan ini diharap dapat membantu meringankan beban pegawai JAN yang terkesan, serta mencerminkan semangat kebersamaan dan keprihatinan warga Jabatan Audit Negara.