faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Majlis Perjumpaan Dan Amanat Tahun Baru Ketua Audit Negara Bersama Warga Jabatan Audit Negara Negeri Sembilan

WhatsApp Image 2026 01 09 at 21.22.57 WhatsApp Image 2026 01 09 at 21.22.58 WhatsApp Image 2026 01 09 at 21.22.58 1 WhatsApp Image 2026 01 09 at 21.22.58 2 WhatsApp Image 2026 01 09 at 21.22.59 1 WhatsApp Image 2026 01 09 at 21.23.00 1

 

Majlis Perjumpaan dan Amanat Tahun Baru Ketua Audit Negara Tahun 2026 bersama warga Jabatan Audit Negara Negeri Sembilan telah diadakan pada 9 Januari 2026 (Jumaat) bertempat di Wisma Audit Negeri Sembilan, Seremban.

Majlis turut dihadiri oleh Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); Puan Norliza binti Md. Nuruddin, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi); Encik Azunan bin Daud, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat), Puan Azlin binti Azizan, Pengarah Sektor Pengurusan dan Encik Mohd Iskandar bin Amran, Pengarah Audit Negara Negeri Sembilan.

Sebelum itu, YBhg. Dato’ Seri berkesempatan melawat persekitaran bangunan JAN Negeri Sembilan yang memerlukan penyelenggaraan segera bagi memastikan persekitaran kerja yang kondusif dan memberi keselesaan kepada warga JAN dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka.

Beliau turut melawat Bilik Pendigitalan Perkhidmatan JAN (PPJ) dan Bilik Latihan yang baru diwujudkan di JAN Negeri Sembilan bagi mendukung JAN ke arah pendigitalan sepenuhnya menjelang 2027 di seluruh negara.

WhatsApp Image 2026 01 09 at 21.23.01 WhatsApp Image 2026 01 09 at 21.23.02 WhatsApp Image 2026 01 09 at 21.23.02 1 WhatsApp Image 2026 01 09 at 21.23.03 WhatsApp Image 2026 01 09 at 21.23.04 WhatsApp Image 2026 01 09 at 21.23.04 1

 

  • Modified on: 09 Jan 2026
  • Print
  • 24