faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Sesi Libat Urus Pelantikan Firma Audit Swasta Bagi Pengauditan Penyata Kewangan Tahun Berakhir 31 Disember 2025

WhatsApp Image 2025 11 28 at 07.15.54 WhatsApp Image 2025 11 28 at 07.15.55 WhatsApp Image 2025 11 28 at 07.15.55 1 WhatsApp Image 2025 11 28 at 07.15.56 WhatsApp Image 2025 11 28 at 07.15.57 WhatsApp Image 2025 11 28 at 07.16.05

 

Pada 27 November 2025, YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Sesi Libat Urus Pemberian Kuasa kepada Firma Audit Swasta untuk Pengauditan Penyata Kewangan Agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2025.

YBhg. Dato' Seri KAN menghargai kerjasama strategik antara Jabatan Audit Negara (JAN) dan Firma Audit Swasta (FAS) dalam memperkukuh kecekapan dan ketelusan tadbir urus kewangan agensi Persekutuan dan Negeri.

Pemberian kuasa kepada FAS adalah di bawah subseksyen 7(3) Akta Audit yang memperuntukkan Ketua Audit Negara boleh memberi kuasa mana-mana orang yang difikirkannya berwibawa untuk menjalankan bagi pihaknya dan di bawah arahannya apa-apa siasatan, pemeriksaan atau pengauditan dan melaporkan dapatan orang itu tentang siasatan, pemeriksaan atau pengauditan itu kepada Ketua Audit Negara.

Turut hadir adalah Encik Azman Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), Puan Norliza Md Nuruddin@Nordin, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi), Encik Azunan Daud, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat Kerajaan), Puan Azlin Azizan, Pengarah Sektor Pengurusan, serta Pengarah-Pengarah Sektor Audit Kewangan dan Sektor Audit Pengurusan Syarikat Kerajaan.

 

 

 

  • Modified on: 27 Nov 2025
  • Print
  • 72