Mesyuarat Pemuktamadan Kerangka Pelan Strategik Jabatan Audit Negara Bagi Tahun 2026–2030
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara, telah mempengerusikan Mesyuarat Pemuktamadan Kerangka Pelan Strategik Jabatan Audit Negara (JAN) bagi tahun 2026–2030 di ibu pejabat Putrajaya.
Mesyuarat ini diadakan sebagai platform penting untuk memperhalusi hala tuju strategik JAN bagi tempoh lima tahun akan datang.
Pelan Strategik JAN 2026–2030 dirangka dengan memberi penekanan kepada penjajaran mandat jabatan selaras dengan Pindaan Akta Audit 1957, agenda Pendigitalan Perkhidmatan JAN (PPJ), transformasi organisasi, pembangunan modal insan berkepakaran serta pengantarabangsaan JAN bagi memperkukuh keupayaan pengauditan yang lebih cekap, responsif dan berimpak tinggi.
Mesyuarat turut dihadiri oleh Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); Puan Norliza binti Md. Nuruddin @ Nordin, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi); dan Encik Azunan bin Daud, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat) serta barisan pengurusan kanan JAN dari seluruh negara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |










