faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC)
Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024

WhatsApp Image 2025 11 21 at 10.49.54 WhatsApp Image 2025 11 21 at 10.49.54 1 WhatsApp Image 2025 11 21 at 10.49.54 2 WhatsApp Image 2025 11 21 at 10.49.55 WhatsApp Image 2025 11 21 at 10.49.57

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 pada 21 November 2025 di Jabatan Audit Negara, Putrajaya.

Mesyuarat telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Baidzawi bin Che Mat, Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Dr. Nor Azlina bin Ariffin, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), Menanggung Tugas Pengarah Bahagian Wilayah dari Kementerian Ekonomi serta Puan Nor Aisyah binti M. Taifor, Ketua Penolong Pengarah, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan.

Turut hadir bersama, Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) dan Puan Raftah binti Ibrahim, Pengarah Audit Kewangan I JAN.

Seterusnya, YBhg Dato’ Seri Ketua Audit Negara telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan ECERDC bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 kepada Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC.

 

  • Modified on: 21 Nov 2025
  • Print
  • 26