Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 pada 21 November 2025 di Jabatan Audit Negara, Putrajaya.
USIM diketuai oleh YBhg. Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor USIM.
Hadir bersama adalah Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); Encik Azunan bin Daud, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat) serta Encik Mohd Fisul bin Ismail, Pengarah Audit Kewangan III JAN.
Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Encik Hezan Shah Zainuddin, Bendahari USIM; Encik Ahmad Shukri bin Zulkifli, Ketua Pegawai Eksekutif USIM Holdings Sdn. Bhd.; Encik Shamsul Kahar bin Haron, Ketua Pegawai Eksekutif USIM Education & Skills Development Sdn. Bhd.; serta wakil dari Kementerian Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Kewangan dan Firma Audit Swasta, Tetuan MNZWaja.





