Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 pada 20 November 2025 di Jabatan Audit Negara, Putrajaya.
Mesyuarat telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Ketua Setiausaha, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW); YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH; Encik Azman bin Kassim, Setiausaha Bahagian, Bahagian Penyelarasan dan Pemantauan KKDW; dan Dr. Hartini binti Mohd Nasir, Setiausaha Bahagian Kemajuan Tanah dan Wilayah KKDW.
Turut hadir, Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); Puan Nadhirah binti Haji Abdul Wahab, Pengarah Audit Kewangan JAN, Encik Mohd Hilmi bin H.Mohd Noor dari Firma Audit Swasta, MHA Associates dan Encik Mohd Faidzal bin Abu, Pengarah Audit Negeri Terengganu.
Ketua Audit Negara seterusnya telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan KETENGAH bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2024 kepada Pengurus Besar KETENGAH.





