Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 pada 19 November 2025 di Jabatan Audit Negara, Putrajaya.
Mesyuarat telah dihadiri oleh Encik Mohd Hazli bin Ahmad @ Adnan, Timbalan Ketua Setiausaha (Kemampanan dan Perancangan Strategik), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Encik Khalid bin Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp.
Turut serta hadir dalam mesyuarat ini ialah YBhg. Dato' Ir. Ts. Gs. Dr. Mohd Azhar bin Abd Hamid, Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dan Encik Mazlan bin Abd Mutalib, Setiausaha Bahagian Pengurusan Strategik Badan Berkanun, Kementerian Kewangan.
YBhg. Dato' Seri KAN seterusnya telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan SWCorp bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 kepada Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp.





