Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Universiti Teknologi MARA bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Universiti Teknologi MARA bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 pada 18 November 2025 di Jabatan Audit Negara, Putrajaya.
UiTM diketuai oleh YBhg. Prof. Datuk Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin, Naib Canselor UiTM.
Hadir bersama adalah Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) dan Encik Mohd Fisul bin Ismail, Pengarah Audit Kewangan III.
Turut serta hadir dalam mesyuarat ini ialah Puan Junita binti Jamaludin, Bendahari UiTM; YBhg. Prof. Dr. Hartini binti Saripan, Penasihat Undang-undang UiTM; Encik Tingang Sigau, Pengarah Bahagian Pengurusan Tanah Persekutuan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian, wakil-wakil dari Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) dan wakil Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor.
YBhg. Dato' Seri KAN seterusnya telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Universiti Teknologi MARA bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2024 kepada Naib Canselor UiTM.





