Mesyuarat Ketua Audit Negara Bersama Ketua Unit Audit Dalam Bilangan 4 Tahun 2025
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah mempengerusikan Mesyuarat Ketua Audit Negara Bersama Ketua Unit Audit Dalam Bilangan 4 Tahun 2025 berhubung Penyediaan Rancangan Audit Tahunan Bagi Tahun 2026 pada 17 November 2025 di Ibu Pejabat, Jabatan Audit Negara hari ini.
Seramai 41 Ketua Unit Audit Dalam dan wakil dari pelbagai Kementerian dan Jabatan, Unit Audit Dalam SUK Negeri dan Bahagian Audit Sekolah telah hadir. Tujuan mesyuarat ini berbincang mengenai Rancangan Audit Tahunan Unit Audit Dalam (RAT UAD) Tahun 2026. Ini bertujuan memastikan pelaksanaan pengauditan oleh Unit Audit Dalam (UAD) pada tahun 2026 kelak dilaksanakan dengan terancang, menyeluruh, dan selaras dengan objektif yang ditetapkan.
Turut hadir ke mesyuarat tersebut ialah Encik Azman Bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) dan Pegawai-pegawai Kanan, Ibu Pejabat,JAN.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |









